Percutian yang Menarik dan Bermakna dengan Menempah Pangkor Hotels

Bila sebut sahaja pasal Pangkor, semestinya orang akan kaitkan dengan ‘bilis mata biru’, ikan bilis spesis termahal bila dibuat ikan bilis kering. Selain dari bilis dan hasil lautnya, Pangkor juga turut dikenali sebagai pulau peranginan terkenal di negeri Perak Darul Ridzuan.
Terdapat dua versi tentang asal usul nama Pangkor. Versi pertama menyebut nama asal pulau yang telah berubah menjadi pusat peranginan dan tumpuan pelancong itu dahulunya dikenali sebagai Pulau Dinding atau Pulau Singgah. Bagaimanapun, catatan untuk pelancong di Pulau Pangkor menyebut Pangkor adalah nama seorang penghulu berbangsa Cina di pulau tersebut.  Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan darat dan laut. Sekelilingnya seseuai untuk aktiviti seperti berenang, snorkeling, berkayak dan memancing. Antara tempat-tempat menarik yang patut anda pergi seperti Teluk Nipah, Pasir Bogak, Pangkor Laut, Pulau Sembilan, Kota Belanda, Batu Bersurat, Kilang ikan bilis dan Pantai Puteri Dewi.

Bagi yang mencari percutian dan penginapan yang sangat santai anda boleh lakukan tempahan di Pangkor Sandy Beach Resort. Resort ini bertaraf 3 bintang yang terletak di depan laut utama Pantai Pasir Bogak. Jenis bilik yang ditawarkan di resort ini adalah standard room yang mempunyai twin bed atau king bed untuk anda yang datang berdua untuk honeymoon. Selain itu, deluxe room dan super deluxe juga terdapat bagi anda yang datang bercuti dengan family.

Selain itu, bagi yang mencari percutian bajet, anda juga boleh menempah Puteri Bayu Beach Resort yang juga terletak di Pantai Pasir Bogak. Puteri Bayu Beach Resort mempunyai 48 unit chalet seperti Farm Villa, Garden and Bayu Villa dan 82 buah bilik penginapan yang tersedia bermula dari Standard Room iaitu sebanyak 62 unit, Superior Room sebanyak 11unit dan Deluxe Room sebanyak 9unit mengikut bajet individu. Harga yang ditawarkan adalah termasuk dengan sarapan pagi. Antara kemudahan yang disediakan di Puteri Bayu Beach Resort adalah kolam renang, cafe, kemudahan bilik mesyuarat dan ruangan membaca.

Terdapat berbagai aktiviti menarik yang dapat dilakukan di resort ini antaranya ialah mandi laut, berkayak, jetski, snorkeling , Island hopping, island tour dan bermacam-macam aktiviti lain lagi.

Bagi yang menginginkan percutian dan layanan bertaraf lima bintang, PangkorLaut Resort adalah jawapan baginya. Pangkor Laut Island adalah hotel lima bintang yang merupakan private island milik YTL Corp yang merupakan antara conglomerate terbesar di Malaysia. Untuk pergi ke sana, anda mestilah mendaftar masuk dahulu di Marina Island Jetty. Setibanya di sana, anda akan dilayan oleh staf mereka yang akan tolong bukakan pintu dan turunkan luggage anda. Selepas mendaftar masuk, anda perlu mengambil bot laju untuk ke Pangkor Laut Resort yang mengambil masa dalam 30 minit.

Pulau hak milik persendirian ini seluas 300 ekar, mempunyai 148 Malaysian-Style luxury Villas, 8 magnificent Estates dan 8 jenis Dining. Terdapat 2 jenis villa yang ditawarkan iaitu Sea Villa yang berlantaikan air laut berkonsepkan ala perkampungan nelayan dan Garden Villa yang diperbuat daripada kayu membolehkan pengunjung mendekatkan diri dengan flora. Bukan sahaja lokasi penempatan vila dititikberatkan malah, dekorasi villa turut diambil kira. Biarpun tidak sarat dengan perabot mewah tetapi ruang dalam villa masih di tahap cemerlang.

Susun atur dan konsep hiasan lebih cenderung kepada sentuhan Melayu kontemporari dan turut menyelitkan elemen ala Bali terutamanya di ruang yang menempatkan tab mandi. Ini membuktikan Pangkor Laut Island yang dirasmikan oleh Tun Mahathir Mohamad pada tahun 1994 itu berjaya mengabadikan keanggunan tradisi untuk tatapan para pengunjung resort. Selain itu, jika anda mahu mengisi perut dengan seleksi menu yang lazat, restoran The Straits, Feast Village atau Fisherman’s Cove sedia menyajikan menu dan layanan terbaik.

So, anda tunggu apa lagi? Jom rebut peluang dan get the best prices on Pangkor Hotels only on the Traveloka. Anda boleh pilih hotel mengikut bajet masing-masing di sana pada harga yang terbaik. Jadikan perjalanan anda lebih baik hanya dengan Traveloka.

Catat Ulasan

2 Ulasan