Thursday, November 16, 2017

Prof Hariz Internet Marketing by Policystreet

Apakah yang dimaksudkan dengan Internet Marketing?

Internet marketing adalah pemasaran secara online melalui internet.Erti kata bukan hanya penjualan tetapi ianya termasuk promosi, branding, dan membina hubungan dengan pelanggan yang dilakukan secara dalam talian.Secara am, Internet Marketing terbahagi kepada dua bahagian, iaitu :-
  • SOURCE OF INCOME ATAU INTERNET MARKETING UNTUK PENGHASILAN
  • TRAFFIC GENERATION ATAU INTERNET MARKETING UNTUK PROMOSI ONLINE


Siapakah Prof Hariz?


Prof Hariz atau nama sebenarnya Ridhauddin Hariz salah seorang cukup disegani dan dihormati dalam kalangan dunia Internet Marketing Malaysia. Anak kelahiran Permatang Pauh Pulau Pinang ini merupakan anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Namun begitu, di usia yang cukup muda ( 3bulan ), beliau telah kehilangan kasih sayang seorang ayah. Sebagai anak sulung serta dorongan dari seorang isteri, beliau tabah untuk memikul tanggungjawab yang digalasnya.


Berpegangkan Diploma Sistem Komputer dari Kolej ADTEC Melaka , Prof hariz terus melangkah maju dalam bidang Online Marketing dan pemasaran secara atas talian. Usaha yang dilakukan selama ini mendatangkan hasil pabila pada tahun 2015, Beliau telah menubuhkan syarikat beliau sendiri iaitu PH ProjectBase Resources. Bermula detik itu, beliau mula berkecimpung dengan kaedah pemasaran secara atas talian (media sosial), strategi pemasaran ( email ), Google Analytics, Search Engine Optimization atau SEO. 


Dua tahun yang lalu,kehebatan beliau dalam bidang SEO telah menarik minat syarikat Exabytes Group Sdn Bhd. Syarikat tersebut telah melamar beliau untuk menjana idea-idea baru dan menerokai strategi pemasaran yang inovatif dengan mengunakan teknologi internet seperti 

  • Penghasilan laman sesawang
  • Komuniti media sosial

Kecekapan Prof Hariz dalam bidang SEO tidak boleh diperkitaikan lagi, hal ini demikian kerana pada tahun ini beliau telah dilantik sebagai PENASIHAT SEO di Syarikat As White Global Sdn Bhd. Tanggungjawab yang dipikul Prof Hariz terlalu besar kerana harus berhadapan dan menyediakan perkhidmatan SEO dengan perbagai klien dari dalam dan luar negara termasuk US dan UK.

Apa itu SEO?


SEO atau Search Engine Optimization adalah suatu cara atau teknik untuk membuat situs atau blog berada pada halaman/posisi satu di mesin pencarian (search engine) seperti Google, Bing, dan Yahoo.terdapat banyak manfaat / keuntungan dari melakukan SEO antaranya ialah
  • Mendatangkan Traffic yang Banyak
  • Meningkatkan Penjualan
  • Meningkatkan Daya Saing
Pencapaian Prof Hariz Internet Marketing.


Selama berkecimpung dalam dunia Internet Marketing , Prof Hariz telah membuktikan dirinya mampu Berjaya seperti ahli2 Internet Marketing yang lain. Antara Pencapaian hebat Beliau adalah

  • Ogos 2014 : menganjurkan program “Prof Hariz Kongsi Tips Kurus” bersama dengan Utusan Malaysia. Program ini Berjaya melibatkan 500 peserta di seluruh Malaysia secara atas talian ( online )
  • Disember 2014 : Top 3 Affiliate Malaysia oleh infokerjaya.Hal ini demikian kerana beliau telah menjana jualan sehingga RM100000 dalam tempoh 5 bulan melalui penjualan e’book kerjaya. Melalui E’book juga, beliau telah membantu ramai calon-calon yang menduduki peperiksaan online dan temudaga SPA.
  • Disember 2014 : bertempat di Karangkraf, Beliau telah berkongsi Pengalaman beliau dalam dunia perniagaan secara affiliate di dalam seminar “BUAT DUIT AFFILIATE DENGAN BLOG”. Seminar tersebut juga telah menjana pendapatan beliau dalam puluhan ribu ringgit Malaysia dalam tempoh yang amat singkat.
  • Mac 2015 : Beliau menganjurkan Bengkel / Seminar “ Buat Duit dengan Blog” bertempat di Politeknik seberang Perai
  • April 2015 : Menganjurkan “Bengkel Affialiate Ninja”
  • Jun 2015 : Menganjurkan bengkel “Email Marketing”
  • Disember 2015 : Beliau telah menjadi Private Group Coaching bersama Shaklee Malaysia untuk membuat strategi penjualan sebanyak RM10 juta pada tahun 2016
  • Februari 2016 : Beliau dengan kerjasama Irfan Khairi mengajurkan seminar khusus bagi peniaga-peniaga dalam membuat penjualan dengan Blog.
  • Ogos 2016 : menganjurkan Private Coaching Group 365 “ Bagaimana jana pendapatan 4 angka dengan Blog” bersama 10 orang suri rumah untuk menjana pendapatan sekitar RM10,000 Sebulan secara berterusan.
  • Disember 2016 : Astro Awani telah menemuramah beliau dan beliau telah memberikan pandangan berkenaan dengan Potensi Digital Ekonomi untuk Malaysia. Pada masa yang sama JACK MA ( pengasas Alibaba Group of Companies ) telah dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Digital Malaysia.

Servis Yang Ditawarkan


Prof Hariz menawarkan servis SEO khususnya yang baru berjinak dengan dunia perniagaan untuk membantu para usahawan mempertingkatkan lagi pendapatan mereka khususnya perniagaan secara atas talian (online). 

Tidak dinafikan, Beliau turut mempunyai Kepakaran dalam “Review” produk di blog rasmi beliau iaitu https://profhariz.com . Artikel “review” yang beliau tawarkan mempuyai unsur SEO dimana ianya boleh meningkatkan hasil jualan anda dengan berlipat kali ganda. 

Sesiapa yang tiada kepakaran untuk membuat marketing, jangan risau kerana anda boleh menghubungi prof Hariz untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada beliau. 

Whatsapp : +6012-5336713

Prof Hariz Internet marketing Malaysia by PolicyStreet



Kini , Prof Hariz bekerja di salah sebuah syarikat Insurans iaitu “ PolicyStreet”. Beliau dilantik untuk menjadi Pengurus Internet Marketing di syarikat insurans tersebut.

Apa itu Insurans?

Insurans adalah pemindahan risiko daripada seorang individu seperti anda, atau sebuah organisasi, seperti syarikat anda, kepada syarikat insurans. Anda atau syarikat anda akan dikenali sebagai pemegang polisi. Syarikat insurans akan menerima bayaran daripada anda dalam bentuk premium dan sekiranya anda mengalami sebarang kerugian atau kerosakan, syarikat insurans akan membayar pampasan kepada anda.

PolicyStreet



PolicyStreet merupakan salah satu syarikat Insurans yang menawarkan pelbagai jenis Insurans. Menamakan diri Mereka “PolicyStreet” kerana mereka ingin menjadi sebahagian daripada hidup anda ketika anda melalui persimpangan kritikal dalam hidup. Mereka begitu bersungguh-sungguh untuk membantu anda mendapatkan insurans untuk orang yang anda sayang, untuk perkara yang anda suka dengan cara yang lebih mudah, dan lebih murah.
Antara Jenis Insurans yang ditawarkan ialah

- Live
It is a term life policy which pays cash between RM100,000 – RM1,000,000 (depending on your option) to you in the event of your unfortunate death and total permanent disability from both natural and accidental causes.


- SENIOR
The clichés about aging are long gone, as more older adults (in fact our very own parents!) are either still actively working, travelling, exercising their mental fitness by playing Candy Crush and staying in contact with their friends on social media. The widely used “senior citizen” term sounds all too patronizing – we’d call them pioneers of a new life stage making their presence felt in this digital era, and they too deserve to receive better insurance to protect their family and long-term financial goals


- Medical
not limit your room and board to specific number a days a year if you are required to put up in the hospital. That’s right, unlimited days for both normal ward and ICU, so you can have the best chance at recovery. These days, private room and board in a private hospital in KL could set you back by RM350 per night, which won’t be an issue since SmartMedi 2.0 packages has a minimum RM350 room and board.

- Diabetes


- photography gear
Most photographers appreciate the need to insure expensive cameras, lenses and other equipment, but there are a number of other risks besides simply dropping a lens or having a camera stolen.From the camera itself, to more specialist items like lenses, flash guns and tripods, it's easy to accumulate and use hundreds - if not thousands - of ringgit worth of gear.Therefore, at PolicyStreet, we want to make known our intention for this product to exist in Malaysia. PolicyStreet enables people of similar interests/needs to club together. The more expression of interest we get, the better we can negotiate for you better deals and discounts from insurance companies.Others than protection again theft, loss, vandalism or accidental damage, new-for-old replacement on items can also be one of the benefits included. Policies should also come with Public Liability


- Musical Instruments
Whether you are a professional musician, a teacher or a student, musical instrument insurance is to protect your cherished classical and electrical instrument and associated equipment.You won’t have to worry about your expensive musical instruments getting damaged or lost especially when you need to bring them around.Cover includes physical loss, theft and physical damage to musical instruments and accessories occurring anywhere in the world, and accidental damage and depreciation in value following damage is covered.


- Golfer
Whether you golf for business or leisure, there are inevitable risks in the game. You may injure other people on the greens (ouch!) or damage a public property due to a bad swing (oops), or your clubs may suffer from accidental damage in the course of play or practice.Therefore, Golfers Insurance is every golfer’s peace of mind. It will take care of the mishaps that may happen in a game of golf.


- Pets
Pet insurance lowers veterinary, specialty and ER bills, shots, flea treatment and covers hereditary and chronic issues, accidents, and more! Few years ago, Pet Insurance existed in the Malaysian market but unfortunately it is no longer being offered in the present day. PolicyStreet hears you - we too want to insure our furry and feathered friends.Help us create a demand pool and design your desired product, to send a powerful message to the industry that yes indeed, Pet Insurance is here to stay. PolicyStreet enables people of similar interests/needs to club together. The more expression of interest we get, the better we can negotiate for you better deals and discounts from insurance companies.

Apa yang lebih membanggakan adalah, PolicyStreet menawarkan servis insurans untuk produk-produk yang lebih kecil antaranya ialah :

  • Keracunan makanan
  • Kerosakan rambut
  • Sewaan
  • Berbasikal
  • Keracunan alkohol
  • Menonton
  • Mendaki
  • Penyewa
  • Perlawanan bolasepak
  • Cinta
  • Peralatan musik
  • Perkahwinan
  • Majlis pengebumian
Sesiapa yang inginkan insurans Policystreet, anda boleh terus mengubungi PolicyStreet kerana ini adalah Syarikat Insurans yang terbaik. 

Facebook : https://www.facebook.com/PolicyStreetbyPolisea/

Contest cash RM1100 by PH x Emas Putih oleh Prof Hariz dan Emas Putih. Untuk join contest ini sila rujuk DISINI.

Thursday, October 12, 2017

D'Academic Asia 3 #teamBrunei :debarannya semakin hampir

Wah, tinggal 11 hari lagi D'Academic Asia 3 ( DAA3) akan membuka tirainya tidak lama lagi. Tentunya sekali lagi barisan negara-negara yang bertanding akan menghantar wakil yang cukup dasat yang cukup berpengaruh untuk mewakili negara masing-masing. DAA3 tidak perlu dipekenalkan lagi, kerana DAA sebelum ini telah menjadi fenomena di negara-negara bertanding termasuk di Malaysia dan Brunei.

Risya akan memperkenalkan Pewakilan Brunei yang akan mewakili Brunei pada edisi kali ini .Tahun ini , Brunei telah menghantar pewakilan yang cukup mantap. Mereka telah berlatih bersama-sama dengan Pg Hj Ismail atau lebih dikenali sebagai #RajaDangdutBrunei iaitu individu yang cukup disegani dan penting oleh penyanyi dan juga peminat - peminat irama dangdut di negara Brunei Darussalam.


1 ) AK Mohd. Faiz PG Hj Ismail


Faiz Ismail, merupakan seorang individu yang agak rapat dengan Risya. Sebelum ini, Risya ada temubual secara exclusive dengan Faiz Ismail ( anak raja dangdut brunei berentap di DAA3 ) . Beliau juga anak kepada Raja Dangdut Brunei, Pg Hj Ismail. Wah, lepas ni Raja Dangdut boleh tarik nafas lega kerana sudah ada penganti. Suara dia no bad la, sebab Risya tak pernah dengar dia nyanyi lagu dangdut. Biasanya, dia nyanyi lagu Rock je. Tu yang tak sabar Risya nak liat. 

2 ) Ampuan MD Fatrullah Hasdillah Ampuan Yaakub


kalau tak salah Risya, beliau merupakan adik kepada salah seorang peserta DAA musim ke 2 iaitu Ejja yaakob. Jika suara kakaknya begitu merdu, bagaimana pula suara adiknya. kita tunggu.

3 ) Awgku Mohd. Sahril Qaha'ar PG Hashim


OMG. ini memang keturunan dangdut ke apa. Risya mendapat info setelah di risik-risik , Ak Qahaar merupakan SUAMI kepada EJJA YAAKOB DAA2. Adik masuk, husband masuk. wah, rezeki tu. Memang satu Family kaki Dangdut. Mesti suara pun memukaukn.

4 ) Mohammad Hidayatullah Bin Junaini


OK , yang ni Risya kenal. Adik kepada kakak angkat Risya, kak wana.Beliau juga merupakan anak didik kepada raja dangdut Brunei. Risya pernah dengar suara dia menyanyi, dan suara dia memang tip top. Bakat yang ada pada diri Dayat juga datangnya dari keluarga beliau sendiri.Mana tidaknya, D'Academic Asia musim pertama menampilkan kakak kepada beliau iaitu YANIEY DAA dan kakak ipar beliau ( Ryana DAA2 ) pula mewakili Brunei di D'Academic Asia kedua.

5 ) Nurul Hasmah Binti Rosli

Risya no comment dulu boleh tak? sebab Risya tak kenal dan check IG pun tak jumpa.hihihi

6 ) Seri Banun Binti Omar


Jika Risya Perempuan pun terpesona dengan kecantikan Beliau, apatah lagi kaum lelakikan..hahah.. Cantik Rupa, suara cantik tak? hah, uolls nak tahu tak suara beliau sedap ke tak, uolss wajib liat first konsert DAA ok.

Bila Tarikh Konsert Pertama? 

konsert pertama akan diadakan pada 23 oktober 2017 di Jakarta,Indonesia . Kamu semua boleh melihat live steaming di Indo Siar.

Negara manakah yang akan bertanding? 

#bruneidarussalam 
#indonesia
 #malaysia
 #singapore
 #timorleste
 #thailand

Kepada Semua yang bertanding, Risya mengucapkan selamat maju jaya, buat yang terbaik, banggakan parents dan banggakan Negara kamu. Selamat belayar hari ahad ni. will miss uolls. inda dapat jumpa masa Risya datang sana nanti. sedihnya tp nda papa yang penting uolls success di sana nanti.

Lepas kita da tahu keenam-enam pewakilan Malaysia, Risya akan update Blog lagi ok!! Sebab yang tahu sekarang hanya 4 orang sahaja, 2 orang lagi suprise katanya. 

Tuesday, October 10, 2017

Review : Tasneem Natural Baby yakini pakar rawatan untuk si manja anda.

Assalamualaikum

Disini ada yang menghadapi masalah seperti masalah dibawah ni tak?

- Anak sukar tidur
- Emosi anak kadang kala terganggu
- Anak batuk,selsema ataupun demam
- Si manja selalu menghadapi sakit perut atau kembung

Memang peningkan jika Simanja menghadapi masalah diatas. Kadang-kadang kita pun sendiri tidak cukup tidur malah pergi kerja pun dengan muka yang tidak bermaya. Alhamdulillah dengan izinnya TASNEEM NATUREL BABY mampu mengatasi masalah anda.



Apa itu Tasneem Naturel Baby?

Tasneem Natural baby adalah sejenis balm yang menggunakan bahan-bahan natural. Essential oil yang ada pada Tasneem Naturel baby ini terdiri daripada molekul-molekul yang kecil dan mampu meresap ke dalam kulit,paru-paru dan merangsang sistem limbik ( iaitu pusat kawalan emosi, perilaku, perasaan,stress, keseimbangan hormon dan memori manusia )

Molekul ini akan melalui Peredaran darah, limfa dan cecair tisu seterusnya keseluruh tubuh untuk memberi kesan kesembuhan.

Apa Kebaikkan Tasneem Naturel Baby?

hah, yang ni Risya tak sabar nak bagi tahu. nak tahu kenapa? Sebabnya Tasneem Naturel ni banyak kelebihannya.

jika anak anda selsema,batuk atau demam, Anda gunakan Tasneem Naturel Baby balm - coughflu time.
- ianya dapat mengurangkan kahak tanpa ubat
-dapat melegakan selesema
- dapat mengurangkan panas akibat demam.

jika anak anda kerap meragam,susah dikawal atau tantrum. Anda gunakan Tasneem Naturel Baby balm - Calm Time
- melegakan tekanan dan kemurungan
- membantu menenangkan kanak-kanak
- mengembalikan fokus
- sesuai seisi keluarga

sakit perut atau perut kembung memang begitu sinonim dengan kanak-kanak. Maka Tasneem Naturel Baby balm ni mengeluarkan satu lagu product yang diberi nama Tummy Time.
- dapat mengurangkan keradangan perut
- melegakan kembung perut
- membantu melawaskan

Disebabkan terlalu aktif di siang hari, si manja tak mampu nak dapatkan tidur yang lena. Ada yang Sebab tu,sekali lagi Tasneem Naturel baby menghasilkan lagi satu product iaitu Sleep Time.
- memudahkan simanja tidur dengan lena
- membantu menenangkan kanak-kanak
- memberi rasa rileks kepada si manja.

Testimoni dari pengguna





Bagaimana cara mahu dapatkan Tasneem Naturel?


Tasneem Naturel Baby ini boleh didapati di :-

Facebook : Aryana Rose


Review : shawl/tudung by Khadijah signature



hai semua. Tengah buat apa tu? Cuaca di luar panas sungguh tapi kenapa risya terasa sejuk je ni? demam ke, tapi badan risya biasa je tak panas pun. opss terlupa, patut la terasa sejuk, rupanya risya mengunakan Shawl by Khadijah Signature.

Kebaikan Tudung / Shawl By Khadijah Signature?



bagi Risya, Tudung/Shawl khadijah Signature ini terlalu banyak kelebihan dia. Antara Kelebihan tudung/shawl ini yang dapat Risya simpulkan ialah :- 

- Kain yang Sejuk bila dipakai
- Sangat Selesa
- Mudah dibentuk
- Mudah digosok
- Tidak mudah kedut

Pilihan Warna dan Harga?

Sememangnya di Khadijah Signature ini, Pembeli mempunyai pilihan yang begitu banyak. Terdapat pelbagai Jenis Warna yang mampu menambat hati setiap pembeli malah Risya pun rambang mata melihat warna yang ada di Khadijah Signature ini. Tidak dinafikan, harga memainkan peranan yang penting bagi sesetengah individu tetapi jangan risau Tudung/Shawl by Khadijah Signature ini mempunyai harga yang mampu milik berdasarkan jenis dan kualiti tudung/shawl tersebut. 

Testimoni

Macam tak percayakan apa yang Risya tulis, tak apalah kalau tak mahu percaya. Risya akan tunjukkan Bukti daripada Pembeli-pembeli lain.



bagaimana mahu membeli?


Bagi yang mahu membeli tudung/shawl Khadijah Signature ini, Anda bolehlah pergi ke instagram / Facebook Khadijah Signature. Apa yang boleh Risya katakan disini, Tudung / Shawl yang dikeluarkan oleh Khadijah Signature ini memang kain yang berkualiti bersesuaian dengan harganya. 

Facebook : Khadijah Signature


Saturday, October 7, 2017

ITINERARY ke Brunei Darussalam 4hari 3malam

Hai guys,
Ramai yang tanya Risya kos ke brunei mahal tak? So, hari ini akak berkesempatan untuk nenulis dengan panjang lebar. Ada yang da tahu Risya memang always pergi balik ke Brunei. Ramai yang mahu pergi tapi disebabkan mata wang yang begitu mahal, mereka fikir 2 3 kali. Mata wang sama macam Singapore katanya. 

Yes, Risya mengaku mata wang negara Brunei ni like a Singapore but makanan disini lagi murah beranding Singapore. Contohnya, masa Rinsya ke Singapore, Risya habiskan $15(makan tengahari ) tapi untuk di brunei kamu boleh makan sampai kenyang dengan harga $5. If tak ada bajet sangat, beli aja nasi katok yang berharga $1.

Tiket Flight





Kalau nak tiket yang murah sila la tunggu promo dari Airasia. Biasanya, kalau ada bajet yang lebih, Risya akan naik Royal Brunei ( RM400+ pergi balik ). Kalau tak ada, Risya akan tunggu jugak promo dari Airasia. Hihihi.. so hari tu Risya pergi brunei menggunakan Airasia,

harga tiket pergi dan balik = rm269.40

Transport
Perkara pertama yang uolss kena fikir ialah transport. Disebabkan Risya ada ramai Family dan kawan disini, maka Risya abaikan transport.
Biasanya kebanyakkan yang datang Brunei, wajib menempah kereta sewa. Hal ini demikian kerana teramat susah nak cari teksi atau bas. Jika Malaysia, kita ada Uber, Grab, KTM, LRT dan sebagainya,tetapi disini tiada. Lagi pun, Minyak disini tidaklah semahal minyak di Malaysia tapi stesen minyak dekat sini x banyak.. harga kereta sewa pula dalam sekitar $30-$80 sahaja.

Transport = FREE

HOTEL


park garden hotel

Image result for jeruton hotel
jeruton hotel

Disebabkan I pergi dengan kawan, jadi I ambil keputusan untuk menginap di Jeruton Hotel.. Hotel ni selesa, makanan pun nyaman, everything ok la. No bad. Kalau tak fikir kawan, da lama I tidur dekat rumah Family i..haha.. Act banyak lagi hotel murah dekat sini, tapi kena walk-in. Contohnya Park garden Hotel, Cuma $35 perday. Dulu menginap hotel ni juga tapi memandangkan walk in, I abaikan..sebab takut kalau pergi FULL. Kemudahan Hotel ni pun perfect dan yang penting dekat dengan jerudong park. hahah

Penginapan 4 hari 3 malam =$134 @ RM419 = RM209.50/person

Makanan
Makanan dekat sini semuanya murah-murah. 

Image result for ambuyat
sumber : google

1.AMBUYAT : Makanan yang wajib uolss rasa ialah Ambuyat. Makanan ini adalah makanan tradisi masyarakat brunei. Antara tempat yang popular untuk ambuyat ni ialah dekat Restoran Aminah Arif. Sangat-sangat nyaman jika makan panas2.

2.Fast Food : Harga untuk fast food ni boleh tahan la.. Contoh, Jollibee , MCD , KFC , Wayback burgers , Big Papa’s Restaurant , Mangherita Pizzeria dan lain2.

sumber : google

3.Nasi Katok : antara makanan yang termurah di Brunei. Hanya $1. Boleh di dapati dimana-mana. Tapi nasi katok yang paling best adalah dekat nasi katok adik atau nasi katok mama. Nyaman berabis.

Related image
sumber : google

4.Pasar Gadong. Wajib singgah kerana kebanyakan makanan disini beharga $1. Beli $5, buncit perut. Di sini, kamu semua boleh jumpa makanan yang tiada di Malaysia. 
So, total makan I disini selama 4 hari adalah RM120.50 .

Makanan : $38.60 @ RM120.50 /PERSON

Visit Brunei
Tak banyak tempat yang boleh kita lawati di Brunei ni. Sebenarnya 1 hari sahaja sudah cukup untuk pusing2 satu Brunei ni. Tapi , 1 daerah je yang I memang tak sempat pergi Brunei iaitu TEMBURONG. Insyaallah, awal tahun depan I jejakkan kaki ke sana.Kebanyakkan tempat dibrunei ni free. Kalau Malaysia, nak masuk muzium pun kena bayar kan. Tidak bagi di Negara Brunei Darussalam.

Image result for Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah
sumber : google

1) Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah (free)

Image result for kg ayer
sumber : google

2) Kampung Ayer ( $1 )
-untuk ke kg ayer, kita perlu menaiki teksi air. Bayaran untuk ke sana ialah $1


3) Pantai Tungku (free)
-pantai yang sangat popular dalam kalangan penduduk BRUNEI.

Image result for muzium alat kebesaran diraja brunei
sumber : google

4) Muzium Alat Kebesaran Diraja (free)

Image result for istana nurul iman

5) Istana Nurul Iman (free)
-istana ini hanya dibuka pada orang ramai pada hari raya aidilfitri sahaja. Istana ini merupakan istana terbesar dunia.

sumber : google

6) Taman Tema Jerudong ( $20 )
-merupakan satu-satunya theme park yang ada di Brunei DS ini. 
Harga masuk di sini agak standard. Same like Malaysia juga.

opening hours

price

7) Sultan Omar Ali Saifuddin Mosque (free)

8) Kg Kianggeh Open Air Market (free)

9) Mausoleum of Sultan Bolkiah (free)

10) Hassanal Bolkiah National Stadium (free)
-Stadium rasmi pasukan Brunei DS dan Home untuk DPMM FC di Singapore league.

11) Royal Regalia Building (free)

tunggu matahari terbenam di empire hotel

Image result for empire hotel brunei
lobby empire hotel

12) Empire Hotel & country club (free)
-hotel termahal di brunei. Kalau tak dapat menginap disini,dapat masuk pun da kira bersyukur tau.orang awam boleh masuk ke hotel ini untuk melihat suasana dalam hotel dan menikmati matahari terbenam di pantai hotel ini. Hotel yang serba mewah, ada cinema lagi tu.

Image result for gadong mall brunei
sumber : google

13) Gadong Mall (free)
-satu satunya shopping mall yang ada di daerah gadong ni. Window shopping je. Sebab kebanyakan barang-barang mereka ambil di KL.

Image result for One Billionth Barrel Monument & Oil & Gas Discovery Centre
sumber : google

14) One Billionth Barrel Monument & Oil & Gas Discovery Centre ( $5 )
-harga untuk masuk ke OGDC ni adalah $5 untuk dewasa.

Visit brunei = $26 @ RM81.20 / person

TOTAL : RM680.60

tak sampai 1k kan..hihi. semoga entry kali ini anda dapat tahu serba sedikit tempat-tempat yang ada di Brunei. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...