Adat Perkahwinan Masyarakat Melayu Brunei

Majlis perkahwinan adalah salah satu contoh yang dapat menggambarkan cara kehidupan berbudaya dalam sesebuah masyarakat Melayu Brunei bagi mengukuhkan kasih sayang melalui dua insan iaitu lelaki dan perempuan.
Seperti adat istiadat melayu, etnik Melayu Brunei juga mempunyai istiadat yang unik dalam pengendalian majlis perkahwinan. Pada zaman dahulu, majlis perkahwinan melayu Brunei dijalankan dalam masa 2 minggu. Akan tetapi dengan kekangan masa pada zaman ini menyebabkan masa untuk majlis ini semakin singkat.
Tambahan lagi jika berlaku perkahwinan campur antara satu puak dengan puak yang lain. Misalnya, puak Melayu Brunei berkahwin dengan Puak Melayu Tutong atau Puak Melayu Belait berkahwin dengan Puak Melayu Kedayan dll lagi.
Dalam perkahwinan masyarakat Melayu Brunei, adat-adat yang diadakan  di negara Brunei lazimnya dilakukan secara tersusun dan teratur iaitu bermula dari adat :-

Bedudun / Berjarum-jarum
Lawatan berkali-kali dilakukan oleh kedua keluarga pihak pengantin. Lelaki akan memulakan lawatan untuk melamar. Jawapan tidak akan diperoleh dalam hari yang sama. Setelah mengetahui jawapan, pihak pengantin lelaki akan pergi sekali lagi ke rumah pengantin perempuan. Rombongan untuk bertanyakan tentang ‘tanda pertunangan.

Pertunangan
Image result for Bedudun / Berjarum-jarum
Simbol ikatan perhubungan antara lelaki dan perempuan yang akan menjadi suami isteri Pembuka Mulut. Menandakan permulaan pertunangan (bayaran antara $100 – $150). Mas Kawin / Berian biasanya dalam bentuk wang, barangan sebagai tanda penghargaan kepada perempuan yang ingin dikahwini. Wajib dalam Islam.

‘Sepengadak Kain Teruna‘

Disertakan dalam (hantaran berian) yang terdiri daripada baju cara melayu dan songkok dikembalikan semasa upacara ‘akad nikah’. Sepengadak kain teruna tidak diperlukan seandainya bakal pengantin lelaki hadir semasa menghantar tanda pertunangan. Bakal pengantin lelaki juga dibolehkan untuk memberi cenderamata yang lain kepada bakal pengantin perempuan. Pihak lelaki akan membawa tanda pertunangan ke kediaman bakal tunangnya dan menyerahkannya kepada wakil pihak perempuan. Kadang-kadang, keluarga pihak perempuan akan membalas dengan memberikan kek atau baju cara melayu. Dalam tempoh bertunang, lelaki tersebut hendaklah memberikan ‘belanja hangus’ kepada tunangnya untuk perbelanjaannya. Seandainya berlaku Langkah Dulang atau Langkah Sungai, lelaki tersebut dikehendaki untuk membuat bayaran yang ditetapkan oleh keluarga pihak perempuan. Langkah Dulang berlaku seandainya perempuan yang hendak di kahwini ini mempunyai kakak yang belum berkahwin lagi sementara Langkah Sungai ialah seandainya lelaki itu bukan dari Puak Tutong manakala perempuan tersebut adalah dari Puak Tutong.
Istiadat ‘badak badak mandi
mg_9803
Hanya terdiri daripada keluarga pengantin. Pengantin perempuan memulakan malam berbedak. Pengantin ditepung tawar dengan bedak (tepung beras ,bunga melor). Pengantin dilulur dengan bedak tradisional dari muka hingga ke hujung kaki. Pengantin disiram dengan air (langgir dan limau nipis) dikelilingi 7 orang kanak-kanak memakai selendang berlainan warna dan memegang lilin. Pengantin akan mematikan lilin yang dipegang dengan menyembur dengan air melalui mulut sebanyak 3 kali. Setelah selesai bersiram, pengantin akan berkurung dan bedak tidak akan ditanggalkan dari badan pengantin dan makan minum akan dihidangkan oleh pengangun di bilik beangun

Malam Bebadak
wedding8
Pengantin perempuan digendong ke pelamin. Pengantin duduk di tikar khas( baldu yang bersulam emas berbentuk segiempat). Di setiap penjuru tempat duduk diletakkan ‘dian’ atau lilin bewarna kuning. Bedak tradisional diwarnakan dengan 7 warna dan diletakkan tempat khas. Para tetamu akan ‘menculiki’ dan bakal pengantin lelaki akan diiringi ke pelamin.

Adat berinai / berpacar
Image result for Adat berinai / berpacar
Upacara ini kebiasaannya mengambil tempat tengah malam sebelum hari perkahwinan dan di langsungkan berasingan pada kediaman masing-masing. Majlis Masuk Adat Berinai, pengantin akan berdiri diatas katil dengan didahului pengangun. Selepas itu pengantin tersebut akan disuruh duduk dikatil untuk sementara waktu sambil pengangun menunjukkan tapak tangannya dengan berhajat. Tindakan ini seterusnya akan diikuti oleh pengantin dimana seterusnya pengangun akan memegang tangan pengantin teresbut sambil membacakan doa. Pengantin itu kemudiannya akan diarahkan untuk berdiri dan akan di bawa mengelilingi katil sebanyak 3 kali dan seterusnya duduk tempat yang telah dikhususkan di katil yang mana disediakan lapik. Selepas itu, orang-orang tua keluarga akan mengambil giliran untuk menampal pengantin dengan inai.

Istiadat Akad Nikah
wedding3
Akad Nikah ialah upacara agama Islam dimana Ijab dan Kabul akan dilaksanakan bagi mengisytiharkan bahawa pasangan tersebut adalah sudah menjadi pasangan suami dan isteri yang sah. Pengantin lelaki akan memakai baju cara Melayu berwarna putih dengan bertopikan songkok/
destar dan sinjang. Empat lilin akan dinyalakan di empat penjuru lapik yang didudukinya. Semasa
melangsungkan Ijab dan Kabul, pengantin lelaki akan bersalam dengan jurunikah (tok Kadi).

Istiadat Bersanding
Image result for Istiadat Bersanding brunei
HRH Prince 'Abdul Malik and YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi'atul 'Adawiy-yah

Bersanding adalah tradisi dimana kedua-dua pengantin akan duduk bersebelahan di atas pelamin. Istiadat Bersanding dilangsungkan di kediaman pengantin perempuan. Di sebelah pagi, pengantin lelaki dan pengantin pengantin perempuan akan dimandikan dengan campuran air wangi. Pengantin lelaki akan makan terlebih dahulu daripada semua dan selepas itu baru ia di bawa untuk bertemu dan berjarah (bersalaman) dengan jemputan-jemputan lelaki, dan memberikan penghargaan diatas kehadiran mereka. Manakala, ibu pengantin lelaki dan saudara mara perempuan pula akan ‘berjarah’ di khemah jemputan perempuan. Di masa dahulu, para tetamu akan diberi bunga telur, tapi sekarang, buah tangan telah digantikan dengan pelbagai barangan seperti roti, cawan, kontainer dan sebagainya. Selepas berjumpa dengan tetamu, pengantin lelaki akan bertukar memakai pakaian perkahwinannya bagi acara bersanding. Pengantin lelaki dan pengantin perempuan akan memedankan warna dan corak yang sama. Setelah siap berpakaian, pengantin lelaki tersebut pun akan berangkat untuk ke rumah pengantin perempuan. Serentak di tempat pengantin perempuan, pengangun untuk pengantin perempuan akan memulakan adat pengarusan di mana pengangun akan memasang lilin dan membakar benang dari tujuh warna yang dipakai oleh pengantin perempuan di lehernya. Pengantin perempuan akan meniup padam api kecil itu yang di lakukan sebanyak 3 kali. Apabila tibanya pengantin lelaki di kediaman pengantin perempuan, dia akan ditemani oleh seorang lelaki tua yang berperanan sebagai penjaganya. Orang tua tersebut kebiasaannya seorang yang dihormati dan mempunyai ilmu agama yang teguh bagi melindungi pengantin lelaki dari ancaman sihir dan sebagainya. Di kediaman pengantin perempuan, pengantin lelaki akan di payungi dan ianya akan disuruh berjalan dalam pusingan kecil sebanyak 3 kali yang dikenali sebagai Pusing Naga yang masih lagi diamalkan. Seterusnya, pengantin lelaki mesti memacahkan buluh yang diletakkan di pintu depan rumah sebelum masuk rumah. Buluh ini akan dipecahkan oleh penjaga pengantin lelaki tersebut dangan memijak-mijaknya, kadang-kadang ini dilakukan oleh pengantin lelaki itu sendiri. Pengantin perempuan sedia menanti keadiran pengantin lelaki di pelamin. Sebelum pengantin lelaki dibenarkan duduk di sebelahnya di pelamin tersebut, adat ‘mencabut keris’ akan di lakukan. Keluarga terdekat pengantin perempuan akan menarik keluar keris tersebut dan apabila ianya dimasukkan kembali kedalam sarungnya, barulah istiadat bersanding dilaksanakan. Sebelum duduk, pengantin lelaki akan di bantu oleh penjaganya untuk menaruh tangannya di ubun-ubun pengantin perempuan, di bahu kiri dan bahu kanan seterusnya. Apabila kedua pasangan pengantin sudah duduk di atas pelamin, penjaga pengantin lelaki akan membaca ‘selawat’ sebanyak 3 kali untuk kedamaian dan kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut yang akan disahut oleh para hadirin, diikuti dengan bacaan ‘doa selamat’ untuk keselamatan dan memohon rahmat. Yang berikutnya, pasangan akan keluar ke verandah untuk di perlihatkan kepada para hadirin atau diikuti dengan acara adat basuh kaki bagi adat Tutong.

Adat Basuh Kaki
Related image
Basuh kaki or Buri Pu’o dalam bahasa Tutong ialah adat resam dimana kaki pengantin perempuan akan di tuangkan air. Barang yang diperlukan bagi acara ini ialah air, parang dan batu pengasah. Kedua-dua pengantin hendaklah membuka kasut di kaki kanan masing-masing, di mulakan oleh pengantin perempuan dengan meletakkan kakinya di atas batu pengasah diikuti dengan pengantin lelaki meletakkan kakinya di atas kaki pengantin perempuan. Keluarga pengantin lelaki akan memulakan upacara tersebut dengan membasahi kaki pengantin perempuan diikuti dengan pemberian duit atau barang kemas kepada orang yang telah dilantik sebagai hadiah. Di masa silam, kebiasaan para jemputan akan memberikan ternakan seperti kerbau dan pokok buah-buahan, dimana pada hari tersebut hanya akan membawa tanda seperti buah dari pokok tersebut.

Adat makan bersuap
Image result for Adat makan bersuap brunei
Ini ialah adat resam di mana pengantin perempuan akan menyuap pengantin lelaki dengan tangannya sendiri. Ini dijalankan selepas adat basuh kaki dan di niatkan untuk menambahkan kemesraan diantara pengantin baru itu. Ia adalah kemestian untuk menyediakan nasi kuning, air, garam dan asam untuk adat makan bersuap.

Adat mulih 3/7 hari
Adat mulih 3 atau 7 hari ialah tradisi di mana si pengantin lelaki akan pulang ke rumahnya asal dengan isterinya selepas tinggal selama 3 atau 7 hari di kediaman isterinya. Kebiasaannya keluarga pihak lelaki akan memberikan hadiah seperti barang rumah dan barangan dapur kapada pasangan ini. Ini menandakan penamatnya upacara perkahwinan orang Brunei.
So, ini adalah 10 adat istiadah orang brunei darusalam. Manala tahu korang nak kahwin dengan penduduk brunei kan tak pun prince Mateen. Opss!! Tapi tak tahu la mereka still amalkan lagi tak istiadat istiadat ni.

Sumber : https://brideculture.wordpress.com/

9 comments:

  1. wahhhh
    seronoknya kalau dapat saksikan sendiri depan mata
    mesti meriah jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...nanti cousin i kahwin, dtg la ke brunei..:)

      Delete
  2. Haha, wowww..kawen ngn orang Brunei..kemain jauhh impian tu..hehe~

    Kalau dah jodohh, terima jeklaaaa..gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..moga diperjodohkn dn org brunei..hihi

      Delete
  3. Yang basuh kaki tu first time dengar

    ReplyDelete
  4. Menariknyaa malam berbadak tuee. First Fatinn time dengar. Unikk!

    ReplyDelete

Adbox